GMP


Nama: Nor Fadzleen Binti Sa'don
Jawatan Hakiki: Guru Perpustakaan & Media
Gred Jawatan: DG41


Bertanggungjawab Kepada Pengetua dan Penolong Kanan 1 Di Dalam Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara  Berikut::

1.    Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8  waktu seminggu.
2.    Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak    sekolah
2.1.            Guru Penyelaras ICT menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.
3.    Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:
3.1.            Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
3.2.            Mengurus, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya
3.3.            Melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dan sebagainya
3.4.            Help-desk dan 1st Level Support
3.5.            Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
3.6.            Menyedia inventori bagi kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan.
3.7.            Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.8.            Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-­bilik kemudahan infrastruktur  teknologi ditempatkan.
3.9.            Memastikan garis panduan/peraturan/tata cara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi dipatuhi.
3.10.         Membantu merancang dan menguruskan pembelian bahan habis guna   (consumables).
3.11.         Menjalankan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang   rosak.

4.    Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1.            Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2.            Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3.            Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.







5.    Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1.            Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan   pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-­pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

5.2.            Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.

6.    Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1.            Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
6.2.            Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi yang dibekalkan kementerian.

7.    Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk  pengurusan sekolah.

8.    Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

8.1.            Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.


9.    Sebagai pengurus e-mel.

9.1. Menguruskan akaun dan e-mel warga sekolah.

10.  Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU

11.  Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, ISIS, WINJAWS, SISTEKS, SAPP, SMM, SSDM, SBT dsb

12.  Memastikan integriti dan keselamatan data.
12.1.         Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
12.2.         Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:
12.3.         Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
12.4.         Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
12.5.         Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
12.6.         Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
12.7.         Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
12.7.1.        Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik.
12.7.2.        Memastikan komputer bebas dari virus.
12.7.3.        Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual
            yang disyorkan.



13.  Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.
13.1.             Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi rnasalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain.
13.2.             Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah­masalah yang dihadapi.
13.3.             Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan      dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (end user) dapat      menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.
14.  Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah kepada pihak yang berkenaan.
14.1.             Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
14.2.             Menjalankan pemantauan dan menyediakan Iaporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Pembestarian Sekolah supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
14.3.             Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

15.  Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
15.1.             Menyediakan garis panduan peraturan/tatacara penggunaan
          kemudahan infrastruktur teknologi.
15.2.             Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
16.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.
16.1.             Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Pembestarian Sekolah